PKG (Pusat Kegiatan Guru) adalah sebuah institusi pendidikan di bawah pengurusan dan perkhidmatan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementeria Pelajaran Malaysia. Bagi PKG Tawau, ianya berada di bawah pengurusan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, dan dikawal selia oleh Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Tawau.
Staf di PKG Tawau merangkumi seorang Ketua Unit (DGA32), Penolong Ketua Unit (DGA29) dan seorang Pembantu Tadbir (N17).
Fungsi PKG adalah
1. Membantu memantapkan pengurusan Pusat Sumber di setiap sekolah.
2. Mengurus pelaksanaan NILAM di semua sekolah (SM) dan (SR).
3. Membantu mengurus inisiatif ICT di sekolah.
4. Menggalakkan penghasilan dan penggunaan bahan media P & P.
5. Mengenalpasti PS cemerlang untuk diketengahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan.
6. Mengenalpasti pelajar yang berjaya dalam program NILAM untuk dianugerahkan Tokoh NILAM peringkat Negeri atau Kebangsaan.
